Labels

Saturday, June 30, 2012

5 Kelebihan Utama Medical Card PruBSN Takaful

1. BONUS TUNTUTAN SIFAR
- Anda akan diberi bonus sehingga RM 500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tahun tersebut. Kekalkan kesihatan anda dan anda akan menerima ganjarannya.

2. PERLINDUNGAN MENYELURUH UNTUK BIL HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN
- Takaful Health menyediakan perlindungan menyeluruh sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar. Ini sememangnya dapat memberikan anda ketenangan fikiran.

3. PILIHAN UNTUK MENGETEPIKAN HAD TUNTUTAN TAHUNAN
- Anda dapat memilih untuk meningkatkan had tuntutan tahunan. Dengan manfaat tambahan ini, anda tidak perlu risau sekiranya bayaran perubatan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.

4. PILIHAN DARI PELAN PERUBATAN YANG MAMPU DIBAYAR
- Pilih dari 5 pelan Takaful Health yang sesuai dengan keperluan dan anggaran belanjawan anda. Dari caruman serendah RM 100 sebulan, anda pasti mendapat perlindungan yang bersesuaian.

5. PERLINDUNGAN SEHINGGA UMUR 70 TAHUN ATAU 80 TAHUN
- Pelan perubatan Takaful yang menyeluruh ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia 70 atau 80 tahun.

" Choose from the best! "

Friday, June 22, 2012

Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional


Perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan melabur dana yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh Syariah. dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi peserta-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpulm sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.

Ciri-ciri produk Takaful Prudential BSN

1- Pematuhan kepada hukum syarak
2- Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru', mudharabah dan wakalah
3- Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta
4- Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabbaru'
5- Bebas daripada riba, gharar dan maisir
6- Adanya Majlis Pengawasan Syariah
7- Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan



***