Labels

Sunday, November 25, 2012

Do you think you’re too young for an insurance?


No, you’re not.
In fact, you can get better pricing if you apply for an insurance while you’re still young and healthy!
Please look at one of my client’s coverage for only as low as RM110/month:
Age: 22 years old
Monthly Premium: RM135/month
Target: Medical/Protection
Sum Assured: RM30,000
Crisis Shield: RM20,000
Compassionate Benefit: RM2,000
Accidental Death and Disablement: RM20,000
Takaful Health: RM62,500 Annual Limit, RM 625,000 Lifetime Limit.
RM200/night Hospital Allowance
and with Contributor Benefit! (No need to pay premium once diagnosed with critical illness)
Remember that you will always need protection even if you are young and single.
And remember that, with PruBSN Takaful, you have the option to upgrade in the future. Therefore, once you have a family – wife and kids, you would probably prefer a higher sum assured to ensure that your family has enough funds to sustain them if you’re gone.
So, why wait, contact me today for your own personalized quotation!

Friday, July 27, 2012

Kenapa Pentingnya Medical Card


Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki Medical Card:

1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kredit kad, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memilikinya, saya bernasib baik jika saya masih sihat. Itupun, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi.

3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya munkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Ramai hutang kad kredit, personal loan untuk jelas kos perubatan swasta tinggi. Renungkan…

Penggunaan kad kredit atau personal loan untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Sunday, July 22, 2012

PruBSN SmartLink


PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM80-RM100 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.



Hubungi kami untuk mendapatkan pelan PruBSN SmartLink sekarang!

Saturday, July 14, 2012

Manfaat PruBSN Takaful


Senarai Manfaat


Pelan Takafulink menyediakan banyak manfaat dalam 1 polisi


Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1- Kematian
• Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
• Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
• Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD)
• Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
• Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
• Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan.

3- Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal (Crisis Shield)
• Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
• Kos rawatan akan ditanggung oleh Kad Perubatan (rujuk manfaat kad perubatan)
• Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
• Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
• Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
• Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal (Crisis Cover Income)
• Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
• Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
• Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
• Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
• Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
• Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan (Accident Medical Reimbursement)
• Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
• Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Kad Perubatan untuk rawatan akibat kemalangan.

7- Pampasan Mingguan (Weekly Indemnity)
• Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
• Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
• 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)
• Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
• Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
• Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
• Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9- Medical Cover
• Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
• Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
• Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
• Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
• Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
• 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
• Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
• Elaun Bedah-Maksima RM12,500 setahun

10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
• Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
• Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = RM 400 sehari.
• Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
• Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
• Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
• Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
• Hospital - swasta atau kerajaan

11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
• Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
• Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12- Khairat Kematian
• Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
• Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau mengalami Lumpuh Kekal Keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun.
• Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14- Parent Contributor (Takaful Cerdik)
• Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami Lumpuh Kekal Keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC). Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun.

15- Takaful Saver Contributor
• Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal.

16- Pulangan Pelaburan
• Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM1,000.
• Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
• Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

17- Takaful Saver
• Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Akaun unit pelaburan (IUA).

18- Pelepasan Cukai
• Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat bersama EPF sehingga RM6,000.
• Bagi Takaful Cerdik, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sehinnga RM3,000.

Friday, July 13, 2012

Kad Perubatan Takaful (Takaful Health)



Prudential BSN Takaful merupakan Operator Takaful Pertama di Malaysia yang menawarkan Kad Perubatan berlandaskan syariah kepada para peserta takaful. Kad perubatan ini di reka khusus bagi membantu peserta menyelesaikan bil-bil hospital yang tinggi terutamanya di hospital Pakar swasta. Lebih menarik lagi, Kad perubatan ini adalah merupakan satu manfaat tambahan yang boleh di masukkan di dalam akaun Takafulink.

Secara asasnya, Kad Perubatan ini menyediakan manfaat seperti berikut :
1. Menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM1.5 juta seumur hidup.
2. Perkhidmatan bayaran bil secara Online di lebih daripada 60 Hospital Pakar yang menjadi panel. Peserta tidak perlu membayar bil dan membuat tuntutan kerana bayaran akan di buat terus kepada hospital.
3. Tiada tarikh luput dan boleh di gunakan sehingga umur peserta 70 atau 80 tahun.
4. Kebebasan memilih hospital dan doktor pakar.
5. Khidmat bantuan perubatan antarabangsa 24 Jam.
6. Rawatan 30 hari sebelum dan 90 hari selepas keluar wad.
7. Rawatan pesakit luar bagi kecederaan akibat kemalangan.
8. Membiyai kos pembedahan balik hari (Day Surgery).
9. Rawatan Dialisis Buah Pinggang.
10. Rawatan Kanser.
11. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
12. Bonus Tanpa Tuntutan (NCB)
13. Pilihan untuk mengenepikan Had Tahunan

Kad Perubatan ini mempunyai 5 pilihan pakej utama seperti berikut :


Ko-Takaful

Kad perubatan ini mensyaratkan peserta membayar ko-takaful (amaun yang tidak boleh di tuntut) sebanyak 10% daripada bil tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1,000. Bagi manfaat bilik dan penginapan, tiada ko-takaful di kenakan.

Contoh pengiraan Ko-Takaful adalah seperti berikut :

1- Kes 1 :
• Jumlah Bil : RM2,000
• 10% daripada bil = RM200
• Oleh kerana minimum ko-takaful adalah RM300, maka peserta perlu membayar RM300 dan PruBSN membiayai selebihnya iaitu RM1,700.

2- Kes 2 :
• Jumlah Bil = RM8,000
• 10% daripada bil = RM800
• Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM800
• Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM7,200

3- Kes 3 :
• Jumlah Bil = RM30,000
• 10% daripada bill = RM3,000
• Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM1,000
• Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM29,000

Tuesday, July 10, 2012

PruBSN Ummah

PruBSN Ummah
Simpanan, Perlindungan dan Memenuhi Keperluan Rohaniah – Semuanya Dalam Satu
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi. 



























Apakah PruBSN Ummah?

PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi kerohanian umat
Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta
manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda. Ia juga memberi bonus kerana
menjadi pelanggan setia.
Sepintas lalu apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan








 
Apa yang PruBSN Ummah Boleh Tawarkan Kepada Anda?
 

1. Manfaat Haji dan Umrah
*Manfaat Takaful Berganda dibayar sekiranya meninggal dunia/ hilang upaya ketika 

menunaikan Haji/Umrah.

*Memastikan bahawa kewajipan Haji ditunaikan sekiranya meninggal dunia menerusi 

Badal Haji.

*Pengeluaran simpanan utk menunaikan Haji/Umrah

2. Bonus Loyalti
*Diberi Bonus Loyalti sebagai Elaun Haji apabila menunaikan Haji sekiranya anda membayar 

sumbangan secara konsisten.

3.Jaminan Kewangan Sekiranya Meninggal Dunia Atau Hilang Upaya
*Jaminan keperluan masa depan utk keluarga

*Memastikan tanggungjawab yg masih tertunggak dijelaskan

*Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk Khairat Kematian

4. Manfaat Penyakit Kritikal
*Melindungi apabila dikenalpasti menghidap penyakit kritikal.

5. Tingkatkan Simpanan Anda
*Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan lain, 

walaupun setelah disahkan menghidap penyakit krtikal. 
Kami akan bayarkan sumbangan anda dan polisi anda menjadi percuma.

Anda ada atau tiada sekalipun, anda dijamin tetap Haji..

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang plan Jaminan Haji ini, 

boleh berhubung dengan saya atau pm saya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rancang dan Tingkatkan Simpanan anda
  • Peroleh bonus loyalti sebagai Elaun Haji
  • Tingkatkan simpanan anda melalui Ummah Saver
  • Rancanglah kegunaan simpanan anda untuk perjalanan ke tanah suci – sama ada untuk Haji atau
    Umrah

Dapatkan Perlindungan Meluas
  • Dapatkan ketenangan jiwa melalui manfaat Khairat Kematian dan Hajj Badal sebagai tambahahan
    kepada perlindungan asas anda
  • Dapatkan manfaat Takaful Berganda semasa mengerjakan Haji dan Umrah yang pertama anda dan
    luaskan perlindungan untuk setiap perjalanan Haji atau Umrah dengan rider Double Takaful Plus
  • Tingkatkan perlindungan pelan anda untuk meliputi penyakit kritikal
  • Memastikan perlindungan beterusan dengan pelbagai rider Contributor
  • Kini anda boleh mulakan perancangan perjalanan rohaniah anak-anak anda seawal umur 1 tahun

Penuhi Keperluan Rohaniah
  • Menunaikan ibadah Haji anda melalui manfaat Hajj Badal
  • Menjaga keperluan keluarga anda di rumah
  • Menguruskan harta pusaka anda sebaiknya melalui Penulisan Wasiat Islam

Monday, July 9, 2012

Dapatkan Pelan Yang Terbaik Untuk Anak Anda!!!

Kami mencadangkan PruBSN SmartLink

✔ Anak:
• Perlindungan Perubatan & Kesihatan Asas
• Dana Pendidikan
• Perlindungan Berterusan
 .
 
                               PELAN D

Bayaran Bulanan RM  150
Umur 8 Tahun
Jantina Perampuan / Lelaki
Umur Tamat Polisi 70 Tahun
PruBSN SmartLink / Kematian RM  50,000
Crisis Shield / Penyakit Kritikal RM  50,000
Accidental Death and Disablement /Kemalangan Kematian dan Hilang Upaya RM  20,000
Pelan Takaful Health2 / Kad Perubatan RM  250
Hospital Allowance /Elaun Hospital RM  250
Parent Contributor Yes
Annual limit/Limit Tahunan RM  75,000
Lifetime limit/ Limit Hayat RM  750,000
Simpanan* Pada Umur 25 tahun RM  26,000

. *Parent contributor bergangtung kpd umur ibubapa dan sejarah perubatan mereka.Sekiranya ibubapa sudah tua dan ada masalah kesihatan, mungkin kos polisi mahal
* Quotation berdasarkan pada umur anak 8 tahun dan bapa 30 tahun. 


Sunday, July 8, 2012

Tempoh Menunggu


Jika anda baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Namun bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya. Sila rujuk rajah berikut:




Penerangan

1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.

2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan Tanpa perlu membuat tuntutan

4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.

Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.

Saturday, July 7, 2012

Kos Perubatan Meningkat. Benarkah Golongan Berpendapatan Tidak Mampu?

Kita selalu diwar-warkan dengan kos perubatan yang meningkat mahal.  Banyak orang yang merungut tetapi di samping aduan apakah tindakan lain yang boleh kita ambil untuk menghadapi kos perubatan yang semakin meningkat ini?

Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Di antaranya ialah mencari rawatan ketika sakit. Nabi Muhammad SAW dalam beberapa hadisnya mengingatkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya. 

Di antaranya "Tiada penyakit yang Allah telah ciptakan, kecuali yang Dia telah menciptakan rawatannya”, (Sahih Bukhari).  "Gunalah rawatan perubatan, kerana Allah tidak menyebabkan suatu penyakit tanpa melantikkan suatu ubat untuknya, dengan pengecualian satu penyakit, iaitu keuzuran”, (Abu Daud).

Nabi SAW sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.

Dengan itu mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan. 

Apapun dalam konteks sekarang isu kos rawatan mahal merupakan satu perkara yang menjadi polemik masyarakat.  Ini khasnya untuk mendapatkan khidmat pakar perubatan untuk merawat penyakit terutamanya sakit kronik.  Bagi saya selagi ada jalan selagi itu ada cara untuk mendapatkan rawatan terbaik demi memenuhi tuntutan Syariah untuk merawat sakit.  

Manusia apabila sakit sudah tentu mereka akan mencari rawatan secepat mungkin untuk mengelakkan kesakitan berpanjangan.  Itu adalah naluri manusia.  Jadi kos tidak lagi menjadi perkiraan ketika ini.  Maka timbullah pelbagai isu sampingan seperti penggunaan kad kredit sehingga menimbulkan hutang yang tidak terbayar. 

Apapun, kos rawatan meningkat bukan fenomena di hospital swasta semata-mata tetapi meliputi juga hospital kerajaan.  Tetapi kebiasaanya rawatan di hospital kerajaan yang mendapat subsidi daripada pemerintah sudah tentu lebih murah.  Apa yang pasti rawatan penyakit samada di hospital kerajaan atau swasta semuanya memerlukan duit disebabkan kos rawatan yang meningkat dari masa ke semasa.   

Bagi saya sebenarnya pengguna boleh sahaja mendapatkan rawatan di hospital swasta walaupun kosnya mahal.  Ini dapat dilakukan melalui penyertaan mereka dalam insurans Islam atau takaful kesihatan.  Ini merupakan salah satu aspek pengurusan risiko terbaik kepada masyarakat dalam menghadapi dilema kos rawatan mahal.  Apabila mereka terkena penyakit yang memerlukan rawatan tinggi, maka duit sumbangan takaful yang terkumpul dalam tabung pengurusan takaful akan digunakan untuk membiayai kos rawatan tersebut.

Sebagai contoh, bagi seorang yang berpendapatan seperti seorang kerani, sekurang-kurangnya sebahagian atau sedikit pendapatannya dapat disumbangkan ke dalam skim takaful kesihatan seperti seratus sebulan.

Ini lebih baik daripada ia berbelanja dalam perkara yang tidak begitu penting seperti membeli rokok dan sebagainya.

Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan.  Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.

Mengikut maklumat daripada Bank Negara Malaysia (BNM), perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan termasuk perbelanjaan perkhidmatan hospital dan yuran profesional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi. Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum atau bilangan hari. 

Pengendali takaful boleh menawarkan pelan-pelan takaful tersebut secara individu atau gabungan. Sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati apabila memilih pelan yang memenuhi keperluan kita dengan memahami ciri-ciri, syarat-syarat dan manfaat sijil takaful.

Perlu kita ketahui bahawa dalam menyertai takaful, pembayaran manfaat bergantung kepada jenis pelan yang kita sertai. Kita perlu merujuk kepada sijil takaful mengenai maklumat terperinci manfaat yang diberi seperti perkara yang dilindungi dan tidak dilindungi serta bila dan bagaimana manfaat akan dibayar.

Dalam memenuhi tuntutan Syariah untuk mencari rawatan ketika sakit, dan dalam menghadapi kos rawatan yang semakin meningkat mahal; selain kita boleh menabung, kita juga boleh menyertai skim takaful untuk menghadapai sebarang musibah sakit.

Menyertai takaful turut merupakan medium untuk kita melakukan sedekah melalui tabaruaat ke dalam tabung peserta.  Di samping mendapat perlindungan kita juga beramal.  

Dengan adanya perlindungan takaful perubatan, sekurang-kurangnya sebahagian besar bil rawatan  dapat dibayar daripada tabung derma peserta.  Ini sudah tentu melayakkan peserta mendapatkan rawatan di hospital swasta walapun bergaji agak kecil.  

Perancangan kewangan yang baik seperti menyertai takaful dapat menghindarkan kita daripada mengeluh bil hospital yang tinggi walaupun bagi seorang kerani sebagai contoh.  

Menyertai takaful merupakan salah satu usaha seorang Muslim memelihara tuntutan Syariah agar mencari rawatan yang terbaik ketika sakit dan akhirnya tidak menghalang mereka mendapatkan rawatan yang cepat dan baik walaupun agak mahal khasnya di hospital swasta.


Sumber dari: IKIM
http://ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=2415&cmd=resetall

Thursday, July 5, 2012

Senarai 36 Penyakit Kritikal

Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi. Senarai penyakit kritikal adalah :

  1. Serangan Jantung
  2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
  3. Strok
  4. Kanser
  5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
  6. Penyakit Lumpuh
  7. Pemindahan Organ Utama
  8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
  9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

Untuk penerangan lebih lanjut tentang definasi tahap kritikal bagi setiap penyakit, anda boleh merujuk dokumen polisi atau menghubungi saya.

Wednesday, July 4, 2012

Kad Perubatan PruBSN untuk Anak anda RM100 Saja

Assalamualaikum!
Selamat Pagi, Disini saya syorkan anda para ibu bapa mengambil Pru BSN Medical Card untuk anak-anak anda serendah Rm100/sebulan * (sekiranya anak anda dibawah 1 tahun). Pakej ini termasuklah

LIFE PROTECTION + MEDICAL CARD + EDUCATION FUND

Kematian/Death/TPD: RM10,000
Penyakit kritikal/Crisis Shield: RM10,000
Kad Perubatan/Medical Card: Room RM150/night, RM50k Annual Limit, RM500k Lifetime Limit
Alaun Hospital/Ward Allowance: RM100/night

Contributor (don’t have to pay the monthly fees if child is diagnosed with critical illness)
*Parent Contributor (don’t have to pay the monthly fees if parent dies/tpd before child age of 25)
EDUCATION FUND!!!

*Parent contributor bergangtung kpd umur ibubapa dan sejarah perubatan mereka.Sekiranya ibubapa sudah tua dan ada masalah kesihatan, mungkin kos polisi mahal

Soalan Lazim (FAQ)


1) Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?

Ya, produk Takafulink adalah mematuhi undang-undang syariah yang telah di tetap dan di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. PruBSN juga mempunyai Majlis Pengawasan Syariah sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat dan produk-produk yang di keluarkan mematuhi syariah.

2) Berapakah sumbangan minima bagi akaun Takafulink?

Sumbangan minima bagi akaun dewasa adalah RM100 sebulan manakala untuk akaun pendidikan (Takafulink Cerdik) boleh bermula dengan serendah RM50 sebulan. Namun begitu, Sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut faktor-faktor berikut :
• Jumlah manfaat yang di ambil
• Umur
• Jantina
• Pekerjaan
• Merokok / Tidak Merokok
Selain itu anda juga di nasihatkan supaya membuat sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan.

3) Bagaimanakah Cara Pembayaran Sumbangan Takafulink?

Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah berikut :
1. Kad Kredit
2. Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit). Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :
o Maybank
o CIMB Bank
o RHB Bank
o Bank Simpanan Nasional
o Bank Islam
3. Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan)
4. Melalui internet – Maybank2u
5. Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional
6. Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek

4) Bilakah Peserta boleh mengeluarkan Nilai Tunai dari akaun?

Nilai tunai boleh di keluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan apabila jumlah nilai tunai melebihi RM1,000. Contohnya, apabila nilai tunai pada suatu masa berjumlah RM5,000 , peserta boleh mengeluarkan tunai sebanyak maksima RM4,000.

5) Apakah kegunaan Kad Perubatan Takaful?

Kad perubatan takaful boleh di gunakan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless).

6) Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?

Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di Hospital-hospital yang menjadi panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen)

Saturday, June 30, 2012

5 Kelebihan Utama Medical Card PruBSN Takaful

1. BONUS TUNTUTAN SIFAR
- Anda akan diberi bonus sehingga RM 500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tahun tersebut. Kekalkan kesihatan anda dan anda akan menerima ganjarannya.

2. PERLINDUNGAN MENYELURUH UNTUK BIL HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN
- Takaful Health menyediakan perlindungan menyeluruh sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar. Ini sememangnya dapat memberikan anda ketenangan fikiran.

3. PILIHAN UNTUK MENGETEPIKAN HAD TUNTUTAN TAHUNAN
- Anda dapat memilih untuk meningkatkan had tuntutan tahunan. Dengan manfaat tambahan ini, anda tidak perlu risau sekiranya bayaran perubatan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.

4. PILIHAN DARI PELAN PERUBATAN YANG MAMPU DIBAYAR
- Pilih dari 5 pelan Takaful Health yang sesuai dengan keperluan dan anggaran belanjawan anda. Dari caruman serendah RM 100 sebulan, anda pasti mendapat perlindungan yang bersesuaian.

5. PERLINDUNGAN SEHINGGA UMUR 70 TAHUN ATAU 80 TAHUN
- Pelan perubatan Takaful yang menyeluruh ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia 70 atau 80 tahun.

" Choose from the best! "

Friday, June 22, 2012

Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional


Perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan melabur dana yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh Syariah. dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi peserta-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpulm sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.

Ciri-ciri produk Takaful Prudential BSN

1- Pematuhan kepada hukum syarak
2- Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru', mudharabah dan wakalah
3- Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta
4- Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabbaru'
5- Bebas daripada riba, gharar dan maisir
6- Adanya Majlis Pengawasan Syariah
7- Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan



***